Thursday 1 December 2011

BORIA

Boria adalah sejenis teater tradisi yang amat popular di negeri utara Malaysi, terutamanya Pulau Pinang. Umumnya permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussien r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian. Ianya dibawa ke Pulau Pinang seawal abad ke-19.

Menjadi wadah hiburan menggabungkan lakonan/sketsa dan nyanyian rangkap bersyair yang diketuai oleh Tukang Karang. Alat muzik yang digunakan pula tidaklah begitu khusus. Ad kalanya hanya violin dan gendang sahaja yang digunakan. Namun begitu, sekiranya lebih banyak alat muzik digunakan , maka akan kebih menariklah persembahan boria itu. Antara alat muzik yang sering digunakan adalah violin, gambus, marwas, tabla,simbal, akordian, harmonika dan lain-lain.

CONTOH LIRIK LAGU BORIA.


Assalamualaikum kami ucapkan,
Kepada anda semua rakan dan taulan,
Boria anti  dadah kami persembahkan,
Agar semua mendapat tauladan.

* Banyak bermain terasa letih,
   Tumpuan diberi pad pelajaran,
   Mari kawan-kawan dengar celoteh,
   Boria SEBATI buat persembahan.

Untuk berjaya bukanlah mudah,
Rajin berusaha membca buku,
Wahai teman-teman jauhi dadah,
Pasti hidupmu sejahtera selalu.

* ulang

Jangan bermain di tengahari,
Terik mentari pasti tak tahan,
Pujukan kawan-kawan kita jauhi,
Jika najis dadah menjadi pilihan.

* ulang

Para pengedar mencari mangsa,
Pasti terjebak jika terleka,
Hidup bagai bangkai bernyawa,
Musnah negara musnahlah agama.

* ulang

Berakhir sudah ini persembahan,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Celoteh ini sekadar pedoman,
Ambil iktibar selamatkan wawasan.


1 comment:

  1. Asalamualaikum.... sya rasa rangkap karangan boria ini terdapat kesalahan pada rima .. rangkap karangan boria mestilah sama suku kata di hujung... Contoh lirik

    Satu Malaysia slogan diberi
    cetusan Idea Perdana Menteri
    Tersebar Sudah Ke serata Negeri
    Boria Pulau Pinang nampak berseri...

    jika ri semua mesti la tan ri di hujung... rangkap karangan boria berbeza dengan pantun..

    ReplyDelete