Friday 9 December 2011

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU

MERISIK


Adat ini juga dikenali sebagai meninjau atau menengok. Ianya adalah bagi memastikan gadis yang hendak dipinang masih belum berpunya. Ini adalah kerana Islam melarang meminang gadis yang telah bertunang. Ia juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang keluarga gadis, kemahiran berumahtangga, adab sopan, tingksh laku, rupa paras serta pengetahuan agamanya. Biasanya adat ini dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki.

Semasa merisik, biasanya pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan sekiranya pihak gadis bersetuju, tarikh peminangan akan di tetapkan. Namun begitu, adat merisik sudah jarang dilkukan kerama mereka sudah saling mengenali di samping untuk menjimatkan kos.



MEMINANG

Setelah merisik dan diketahui bahawa si gadis masih belum berpunya, pihak lelaki akan menetapkan satu tarikh untuk menghantar rombongan peminangan. Urusan peminangan ini juga akan dilakukan oleh keluarga terdekat pihak lelaki. Adat meminang ini adalah bagi pihak lelaki menyatakan hasrat mereka secara rasmi. Turut dibincangkan di dalam adat meminang ini adalah berkenaan jumlah hantaran dan bilangan  ahli rombongan yang akan datang pada majlis pertunangan bagi memudahkan pihak gadis membuaat persiapan.


PERTUNANGAN

Setelah majlis meminang di selesaikan, maka majlis pertunangan diadakan. Pihak lelaki akan di wakili oleh saudara mara terdekat. Sempena majlis pertunangan, satu kenduri diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung sebagai bingkisn utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti  bunga rampai, kuih muih, buah - buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik akan diberikan kepada pihak perempuan.

Mengikut adat, hantaran akan turut diberikan kepada kakak si gadis jika si kakak masih belum berkahwin. Ini dinamakan langkah bendul. Bilangan hantaran juga di hantar dalam bilangan ganjil seperti lima, tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas kerana bilangan genap membawa implikasi yang tidak baik. Bilangan hantaran pihk perempuan juga akan melebihi hantaran daripada pihak lelaki.

Antara contoh barangan hantaran pada majlis pertunangan adalah seperti berikut :








AKAD NIKAH

Akad nikah bukanlah suatu adat tetapi adalah merupakan ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sebuah perkahwinan. Akad nikah dilaksanakan selepas semua perjanjian yang dibuat dengan pihak perempuan telah disempurnakan seperti wang hantaran, mas kawin dan barangan lain.
Upacara ini boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau di rumah pengantin perempuan. Di dalam upacara ini, bapa pengantin prempuan perlu menjadi wli untuk menikahkan anaknya. Namun begitu, dia boleh mewakilkan kepada jurunikah untuk menjalankan bagi pihaknya. Kebiasaanny, majlis akad nikah akan diadakan sehari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Pada majlis itu, pengantin lelaki akan mengenakan pakaian berwarna cerah seperti majlis pertunangan. Sebelum akad nikah, Tuan Kadhi akan memeriksa wang belanja dan hantaran lain bersama dua orang saksi dari pihak pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan duduk di atas sebuah hamparan sementara Tuan Kadhi akan masuk menemui pengantin perempuan bagi mendapatkan persetujuan untuk dinikahkan. Selepas itu, Tuan Kadhi akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum hal-hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Kemudian, Tuan Kadhi akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki. Lapafaz nikah adalah berbunyi "Aku nikahkan dikau dengan (nama pengantin perempuan) dengan mas kawin sebanyak( mengikut negeri) tunai." Pengantin lelaki akan menjawab, " Aku terima nikahnya (nama pengantin perempuan) dengan mas kawin sebanyak( mengikut negeri) tunai".  Saksi akan mengesahkan lafaz nikah itu jelas atau tidak. Jika tidak, akad nikah akan dilakukan semula sehingga saksi berpuas hati. Selepas itu, doa selamat di bacakan sebagai tand kesyukuran.

Selepas itu, pengantin lelaki akan menyarungkan cincin perkahwinan ke jari pengantin perempuan sebagai tanda membatalkan air sembahyang. Si isteri akan menunggu di bilik yang dihias indah. Sesudah itu, mereka akan bersalaman sebagai tanda mereka telah diijabkabulkan. Kemudian , adat berinai dijalankan dimana kedua mempelai di tepung tawar. Peralatan yang digunakan adalah seperti  semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit,sepiring ini, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua pihak akan melakukan upacara tepung tawar dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tpk tsngan pengantin. Beras kunyit dan bertih akan di tabur di hadapan pengantin dan orang ramai. Bunga telur akan diberi kepada orang yang menepung tawar.

Upacara Akad Nikah




PERKAHWINAN

ADAT BERINAI

Majlis berinai biasanya diadakan berpingkat-peringkat.

BERINAI CURI - biasanya diadakan tiga malam sebelu hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.

BERINAI KECIL - biasanya diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk jiran,saudara mara dan sahabat handai sahaja.

BERINAI BESAR - biasanya diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan.

Selepas adar Berinai Besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan.. Sebaliknya pengantin lelaki akan pulang terus kerumahnya atau bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

6 comments:

  1. Masa tunang dengan akad nikah nak kena ada hantaran ke kak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf sbb dh lama tak tengok blog ni...sebenarnya terpulang kepada keluarga masing-masing..klau di negeri kelantan, masa majlis bertunang pun ada hantarancontohnya cincin tunang, sirih junjung, dan beberapa hantaran lain... tapi tak sebanyak hantaran masa akad nikah atau majlis kahwin...

      Delete
  2. salam.. saya kurang faham denga adat merisik ni.. adakh perlu bawa rombogan merisik seperti rombogan meminang.. selalu xperlu majlis besar.. antra famili lelki n perempuan sja ka.. mohon maklumat lanjut

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya adat merisik pun terpulang kepada keluarga masing-masing. Ada famili yg punya keluarga yg besar dan ingin turut serta....jumlah rombongan tidak jadi masalah sbb ada juga rombongan yang hanya ibu, ayah dan dua orang wakil sahaja yang hadir..

    ReplyDelete
  4. Boleh kah saya tahu pantang larang masyarakat semasa perkahwinan?terima kasih..

    ReplyDelete
  5. setahu saya bagi masyarakat melayu..tidak ada pantang larang dalam perkahwinan...

    ReplyDelete