Friday, 9 December 2011

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU

MERISIK


Adat ini juga dikenali sebagai meninjau atau menengok. Ianya adalah bagi memastikan gadis yang hendak dipinang masih belum berpunya. Ini adalah kerana Islam melarang meminang gadis yang telah bertunang. Ia juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang keluarga gadis, kemahiran berumahtangga, adab sopan, tingksh laku, rupa paras serta pengetahuan agamanya. Biasanya adat ini dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki.

Semasa merisik, biasanya pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan sekiranya pihak gadis bersetuju, tarikh peminangan akan di tetapkan. Namun begitu, adat merisik sudah jarang dilkukan kerama mereka sudah saling mengenali di samping untuk menjimatkan kos.



MEMINANG

Setelah merisik dan diketahui bahawa si gadis masih belum berpunya, pihak lelaki akan menetapkan satu tarikh untuk menghantar rombongan peminangan. Urusan peminangan ini juga akan dilakukan oleh keluarga terdekat pihak lelaki. Adat meminang ini adalah bagi pihak lelaki menyatakan hasrat mereka secara rasmi. Turut dibincangkan di dalam adat meminang ini adalah berkenaan jumlah hantaran dan bilangan  ahli rombongan yang akan datang pada majlis pertunangan bagi memudahkan pihak gadis membuaat persiapan.


PERTUNANGAN

Setelah majlis meminang di selesaikan, maka majlis pertunangan diadakan. Pihak lelaki akan di wakili oleh saudara mara terdekat. Sempena majlis pertunangan, satu kenduri diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung sebagai bingkisn utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti  bunga rampai, kuih muih, buah - buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik akan diberikan kepada pihak perempuan.

Mengikut adat, hantaran akan turut diberikan kepada kakak si gadis jika si kakak masih belum berkahwin. Ini dinamakan langkah bendul. Bilangan hantaran juga di hantar dalam bilangan ganjil seperti lima, tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas kerana bilangan genap membawa implikasi yang tidak baik. Bilangan hantaran pihk perempuan juga akan melebihi hantaran daripada pihak lelaki.

Antara contoh barangan hantaran pada majlis pertunangan adalah seperti berikut :








AKAD NIKAH

Akad nikah bukanlah suatu adat tetapi adalah merupakan ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sebuah perkahwinan. Akad nikah dilaksanakan selepas semua perjanjian yang dibuat dengan pihak perempuan telah disempurnakan seperti wang hantaran, mas kawin dan barangan lain.
Upacara ini boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau di rumah pengantin perempuan. Di dalam upacara ini, bapa pengantin prempuan perlu menjadi wli untuk menikahkan anaknya. Namun begitu, dia boleh mewakilkan kepada jurunikah untuk menjalankan bagi pihaknya. Kebiasaanny, majlis akad nikah akan diadakan sehari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Pada majlis itu, pengantin lelaki akan mengenakan pakaian berwarna cerah seperti majlis pertunangan. Sebelum akad nikah, Tuan Kadhi akan memeriksa wang belanja dan hantaran lain bersama dua orang saksi dari pihak pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan duduk di atas sebuah hamparan sementara Tuan Kadhi akan masuk menemui pengantin perempuan bagi mendapatkan persetujuan untuk dinikahkan. Selepas itu, Tuan Kadhi akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum hal-hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Kemudian, Tuan Kadhi akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki. Lapafaz nikah adalah berbunyi "Aku nikahkan dikau dengan (nama pengantin perempuan) dengan mas kawin sebanyak( mengikut negeri) tunai." Pengantin lelaki akan menjawab, " Aku terima nikahnya (nama pengantin perempuan) dengan mas kawin sebanyak( mengikut negeri) tunai".  Saksi akan mengesahkan lafaz nikah itu jelas atau tidak. Jika tidak, akad nikah akan dilakukan semula sehingga saksi berpuas hati. Selepas itu, doa selamat di bacakan sebagai tand kesyukuran.

Selepas itu, pengantin lelaki akan menyarungkan cincin perkahwinan ke jari pengantin perempuan sebagai tanda membatalkan air sembahyang. Si isteri akan menunggu di bilik yang dihias indah. Sesudah itu, mereka akan bersalaman sebagai tanda mereka telah diijabkabulkan. Kemudian , adat berinai dijalankan dimana kedua mempelai di tepung tawar. Peralatan yang digunakan adalah seperti  semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit,sepiring ini, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua pihak akan melakukan upacara tepung tawar dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tpk tsngan pengantin. Beras kunyit dan bertih akan di tabur di hadapan pengantin dan orang ramai. Bunga telur akan diberi kepada orang yang menepung tawar.

Upacara Akad Nikah




PERKAHWINAN

ADAT BERINAI

Majlis berinai biasanya diadakan berpingkat-peringkat.

BERINAI CURI - biasanya diadakan tiga malam sebelu hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.

BERINAI KECIL - biasanya diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk jiran,saudara mara dan sahabat handai sahaja.

BERINAI BESAR - biasanya diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan.

Selepas adar Berinai Besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan.. Sebaliknya pengantin lelaki akan pulang terus kerumahnya atau bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

Sunday, 4 December 2011

WAYANG KULIT

Wayang kulit dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana pemerintahan melayu Kelantan berasal dari Patani di Siam. Wayang kulit ini tersebar dengan meluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Cerita yang dimuatkan di dalam wayang ini dahulunya adalah merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik Hikayat Ramayana  tradisi India.

Ukiran hiasan patung patung watak wayang ini menunjukkan banyak persamaan dengan patung watak dari Patani.
Alat - alat muzik yang sering digunakan di dalam persembahan wayang kulit adalah serunai, gedombak, geduk, gong, kesi, mong dan canang.

Wayang Melayu biasanya terdapat di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Cerita Wayang Melayu biasanya berkisar kepada episod-episod epik Mahabrata,terutamanya cerita Pendawa Lima. Wayang ini juga dipengaruhi oleh cerita panji.

Dari segi patubg wataak pula, watak baik biasanya menundukkan kepalanya dan bentuk tubuhnya kecil dan elok. Patung wataak sombong dan kasar biasanya berhidung besar dan mendongakkan kepalanya.

Alat muzik wayang kulit melayu adalah terdiri daripada rebab,canang, gong besar,mong, gendang dan kesi.

Orang yang mengendalikan persembahan wayang kulit ini digelar Tok Dalang dan di bantu oleh pemuzik-pemuzik.

Friday, 2 December 2011

DIKIR BARAT

Di negeri Kelantan, dikir barat merupakan satu bentuk muzik yang popular sebagai satu hiburan. Dahulunya,  dikir barat ini biasanya bertemakan kehidupan seharian serta selalunya menitik beratkan elemen-elemen lucu. Namun begitu, seiring dengan perkembangan zaman sekarang, konsep dan tema dikir brt turut mengalami perubahan dimana ianya lebih berkisar pada isu-isu politik,ekonomi, pembangunan,pendidikan, masalah sosial di dalam kehidupan masyarakat.

Kebiasaannya dikir barat dipersembahkan pada musim menuai, majlis perkahwinan, majlis berkhatan dan majlis-majlis keramaian. Kini , dikir barat telah diperkembangkan dengan addanya pertandingan yang dianjurkan di peringkat kampung,negeri,kebangsaan dan antarabangsa.

CONTOH PERSEMBAHAN DIKIR BARAT




SENIKATA LAGU WAU BULAN (VERSI LOGHAT KELANTAN)


Eh Wau bule, Eh Wau bule,
Wau bule, teraju tigo,
Eh Wau bule, Eh Wau bule,
Wau bule teraju tigo.


Ini male samo-samo,
Samo - samo bersuko ghio,
Ini male samo - samo,
Samo - samo bersoko ghio.


VERSI BAHASA MELAYU BAKU


Eh Wau bulan, Eh Wau bulan,
Wau bulan teraju tiga,
Eh Wau bulan, Eh Wau bulan,
Wau bulan teraju tiga.


Ini malam sama-sama,
Sama-sama bersuka ria,
Ini malan sama - sama,
Sama-sama bersuka ria.

Thursday, 1 December 2011

BORIA

Boria adalah sejenis teater tradisi yang amat popular di negeri utara Malaysi, terutamanya Pulau Pinang. Umumnya permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussien r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian. Ianya dibawa ke Pulau Pinang seawal abad ke-19.

Menjadi wadah hiburan menggabungkan lakonan/sketsa dan nyanyian rangkap bersyair yang diketuai oleh Tukang Karang. Alat muzik yang digunakan pula tidaklah begitu khusus. Ad kalanya hanya violin dan gendang sahaja yang digunakan. Namun begitu, sekiranya lebih banyak alat muzik digunakan , maka akan kebih menariklah persembahan boria itu. Antara alat muzik yang sering digunakan adalah violin, gambus, marwas, tabla,simbal, akordian, harmonika dan lain-lain.

CONTOH LIRIK LAGU BORIA.


Assalamualaikum kami ucapkan,
Kepada anda semua rakan dan taulan,
Boria anti  dadah kami persembahkan,
Agar semua mendapat tauladan.

* Banyak bermain terasa letih,
   Tumpuan diberi pad pelajaran,
   Mari kawan-kawan dengar celoteh,
   Boria SEBATI buat persembahan.

Untuk berjaya bukanlah mudah,
Rajin berusaha membca buku,
Wahai teman-teman jauhi dadah,
Pasti hidupmu sejahtera selalu.

* ulang

Jangan bermain di tengahari,
Terik mentari pasti tak tahan,
Pujukan kawan-kawan kita jauhi,
Jika najis dadah menjadi pilihan.

* ulang

Para pengedar mencari mangsa,
Pasti terjebak jika terleka,
Hidup bagai bangkai bernyawa,
Musnah negara musnahlah agama.

* ulang

Berakhir sudah ini persembahan,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Celoteh ini sekadar pedoman,
Ambil iktibar selamatkan wawasan.


Monday, 31 October 2011

CONGKAK


Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak,biji getah,biji guli dan lain-lain.

Congkak diukir seperti perahu. Di sebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung. Bahagian papan badan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu.                                      


Bahagian-bahagian congkak
















Cara bermain



Kedua-dua pemain bermain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dan lubang rumah.

Jika buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak.

Jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar dan tidak boleh diisi apabila bermain pusingan kedua dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.













TARIAN KUDA KEPANG

Tarian kuda kepang merupakan tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaannya jelas pada pakaian penari-penari. Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan masyarakat Melayu keturunan Jawa.